Tukar warna background

MENJELAJAH KE ALAM BLOGGER

Dalam tak diam dah hampir 2 bulan aku memasuki dunia blogger ni.seronok gak rasanya.Dulu2 minat gak nak wat blog sendiri tapi dek kesuntukan masa hasrat itu terus terpendam.Baru sekarang ada masa terluang sikit,tapi tujuan utama aku wat blog ni adalah sebagai diari untuk mencatatkan cetusan hati dan menyimpan artikel2 yg berguna.Tapi setelah mendengar pandangan member2 yg lebih dulu makan garam(maksudnya dah lama berkecimpung dlm dunia blogging ni),maka aku pun menambahkan serba sedikit isi kandungan blog ni seperti wat promote barang2 dagangan aku(perfume dll).Alhamdulillah tak sangka lak ada sambutan.
Aku berterima kasih pada mrk yg memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan blog yg simple ni.Ada byk lg yg belum dipelajari untuk menjadikan blog ni nampak lebih menarik.Mula2 aku rasa semua tu tak penting tapi setelah aku meninjau blog org lain nampak hebat jadi teringin lak rasanya untuk mengupgratekan lagi blog ni.Apapun tujuan asal blog ni sebagai medium cetusan hati dan gedung artikel berinformasi akan lebih diutamakan.
Aku paling seronok bila menziarah blog orang lainPelbagai bentuk dan ragam yg ada.Blog yg aku gemari tentulah yg menampilkan artikel,info,berita terkini dan perkara2 baru yg belum aku ketahui.Ada gak blog yg nampak meriah dengan pelbagai widget,kadang2 sampai berserabut aku menengoknya.Itu hak masing2,nak design blog mengikut citarasa sendiri.Ada gak blog yg menampilkan barangan jualan mereka sepenuhnya.Yang ni dipanggil blog shop.Bagi mereka yg fanatik dengan artis maka blog mereka dipenuhi dengan artis pujaan mereka.Cerita mrk pun stereotaip ngan dunia artis.Lagi satu,aku suka ngan blog islamik.Maksudnya blog tu mempunyai artikel n info berkaitan agama,ada forum dan sebagainaya.Blog tutorial lagi aku suka sbb aku dapat belajar pastu applikasi kat blog aku.
Kadang2 rasa teruja gak bila tgk blog org yg byk follower.Blog yg famous tentulah menarik dari segi presentationnya.Tentu kita semua rasa seronok bila blog kita selalu diziarahi dan ramai org follow kita.Agaknya pada pendapat u all,apa elemen atau perkara penting yg harus ada dalam blog agar blog kita disukai ramai macam susu pekat lemak manis tu..
Minggu lepas aku baca story kat blog seorang yg dh lama dlm dunia blog.Dia tulis dia dpt cek dr nuffnang,jumlahnya beribu2 lemon.Tahniah la kat u all yg dh berjaya.Menjana pendapatan sambil berblog.Untung  atas angin gak ni.Inipun atas nasihat kawan2 n blog org lain maka aku pun cubalah join nuffnang n heartbeat.Tengok la camner hasilnya nanti.Tapi yg pasti setelah aku promot perfume yg aku jual kt blog ni,jualan aku meningkat gak.Tak sia2 la aku berblog ni.dpt gak menambahkan income.Tima kasih kepada yg membeli.. 
Apa yg aku lakukan setiap kali aku menziarahi blog orang??....Esok la aku sambung cite.

2 comments:

  1. takpe, arini kita tengok orang berjaya..esok2 orang pulak tengok kita berjaya..:)


    psstt : 3 Sebab SS Suka Balas Komen

    ReplyDelete
  2. memang betul tu.sronok tgk kejayaan org lain,pastu bole wat sumber inspirasi lak

    ReplyDelete

BOOK FOR SALE