Tukar warna background

LAWAK MENGUBAH SUASANA

Dalam dua tiga ari ni aku ziarah blog org byk yg cite tentang Maharaja Lawak Astro.Tapi yg sedihnya dh tukar channel lak.Aku tgk kat youtube je la.Tp aku tak nak komen tentang maharaja lawak sbb dh byk org wat entri tu.Apa yg nak aku ceritakan ialah tentang elemen lawak dalam hidup kita seharian.Lawak boleh mengubah suasana dan mood kita.Klau mood kita tak baik,bila org wat lawak tentu kita gelak dan rasa seronok.Secara tak langsung mood kita bertukar menjadi ceria.
Lawak ialah tuturkata dan perbuatan spontan yg menimbulkan kelucuan.Susah nak wat lawak ni,bukan suma org dianugerahkan Tuhan dgn sifat melawak.Aku paling suka lawak P.Ramlee.Lawak tak gering gusi walau ditengok berulang kali.Tapi kadang2 aku tgk pelawak skrg wat lawak mcm paksa org nak gelak.Padahal tak lucu pun.Klau macam ni mood kita yg tgh down jadi bertambah teruk.
Aku respek kt org yg bole wat lawak ni.Mereka penghibur dikala kita bersedih.Aku rasa elok kita terapkan nilai lawak dalam diri kita.Dalam hidup berumahtangga aku rasa unsur lawak kena ada pada salah seorang,sama ada suami atau isteri.Barulah hidup penuh dgn gelak ketawa.Klau suami isteri masing2 serius je hubungan tu lambat sikit nak mesra.Bila dah melawak tentu la hati suami@isteri rasa gembira dan mesra.Tapi cuba bayangkan kalau suami isteri dua-dua kaki lawak.Aku rasa tentu 24 jam asyik nak gelak aje.
Melawak pun kena bertempat gak.Bahan yg nak dilawakkan jgn sampai menyinggung perasaan org lain,tak perlu unsur2 lucah(double meaning maybe bole kot).Kena tgk gak mood member kita tu.Klau dia tgh tension sgt jgn la melawak nanti makan penyepak lak....
Aku ni tak tau la kategori ape.Kadang2 tu kwn2 aku kata aku lawak gak,ada gak yg kata aku serius.Aku ada kwn yg kaki lawak.Ada yg lawak real,buat2 lawak,lawak bodoh,.Tp kita jgn selalu melawak coz ia mempengaruhi persepsi org pada kita.Ada org yg slalu sgt melawak tak kira tempat,kadang2 sampai naik bosan dibuatnya.Apa yg pasti lawak wat aku hepy....

0 comments:

Post a Comment

BOOK FOR SALE