Tukar warna background

kampung dah tak selamat

Sebut tentang kampung tentu semua orang teringat tentang tempat yg indah,hijau,nyaman,aman damai dan selamat.Kampung adalah sebuah tempat untuk merehatkan diri dari kesibukan dan hiruk pikuk kota.Masyarakat dikampung lebih harmonis dan beretika.Peradaban dan tatasusila masyarakat kampung terjaga rapi.Sosial mereka dibatasi.Jarang sekali ada masalah jenayah serius seperti kecurian,pembunuhan,mat rempit dan sebagainya.
   Tapi itu dulu.Sekarang ni dah mula terdengar masalah yg biasanya terjadi dikota-kota besar telah menular dikampung-kampung.Antaranya:

(1) Penagihan najis dadah.
     
    - Dulu-dulu jarang le kita dengar budak2 kampung yg menagih.Tapi sekarang dah jadi hebat n trend lak.Anak muda kampung sudah pandai aktif dalam gejala negatif ni.Klau dikota biasa la kita dengar sebab kat sini menatang haram tu senang dapat.Tp dikampung entah macammana boleh ada stok lak.Siap buat bisnes lak.industri jual ganja secara kecil-kecilan.

(2)Kecurian dan pecah rumah.
    - Yang ni pun semakin hangat diperkatakan.Agaknya bila dah takde keje atau nak isi masa lapang maka inilah salah satu aktiviti riadah golongan mereka yg tak bertanggungjawab.Apa yg membimbangkan,dalam usia yg muda dah mula terlibat dalam kegiatan ni.Dalam paper kan dah banyak kuar kisah remaja kampung pecah rumah sebab terdesak untuk membiayai kos ketagihan dadah mereka.Lagi satu kecurian ragut dah banyak meningkat dikampung2.Dulu2 mana ada kes camni.Agaknya peragut kota dah beralih ke kampung2 kot,sebab kat bandar2 dah panas.

(3)Bunuh.
- Ngeri la aku bila cite bab ni.Setiap bulan ada je kisah kuar kat paper,tv ke pasal kes bunuh.Lokasinya dikampung2 lak.Klau di kota kita dah biasa dengar sbb kat sini banyak org,byk lak ragamnya.Kadang2 tu pasal cemburu,hutang dan kes yg kecil2 pun boleh sampai membunuh

(4)Masalah sosial.
-Dulu2 org selalu kata,kalau nak cr jodoh cari lah org yg kat kampung,sama ada lelaki atau perempuan.Ini kerana keadaan mereka dikampung serba serbi terkawal.Maksud aku dari segi sopan santun,pakaian,agama dan keluarga yg baik.Tapi sekarang bila aku pi jelajah kampung kawan2 aku tgk yg dikampung lagi hebat dgn pakaian depa,perangai mengalahkan org kota,cakap pun dh macam orang mat saleh.Pastu kan bila malam2 aku terasa macam kat kota lak.Sebabnya aku dengar bunyi bising mat rempit kampung.Budak2 lak tu.Ada yg melepak kat kedai makan sampai lewat pagi macam kat kota ni org lepak kat bukit bintang ke,hard rock cafe disko.Kat masjid lak dah makin kosong dengan anak muda.Klau kat kota ni biasa la kosong,masjid je lawa n banyak.

Sebenarnya ada banyak lagi yg terjadi kat kota makin banyak berlaku kat kampung.Bukanlah suma kampung,nanti marah lak orang kampung klau baca entri aku ni.Tak dapat lak aku nak balik kampung nanti.Cuma aku harapkan suasana aman,harmonis dan selamat haruslah dikekalkan dikampung2.Jangan dek kerana kemajuan arus dunia ciri2 agung masyarakat kampung menjadi pupus.Aku tak mau suasana dikota menular dikampung yg aku sayangi.Aku berasal daripada kampung,aku mahu kampung yg aman dan masyarakat yg berhemah dan bertatasusila.Aku mau kg yg aman dari segala masalah dan jenayah.Sayangilah kampung dan masyarakatnya.

2 comments:

  1. masyarakt kampung perlu ada persatuan sekarang. siapa masuk kampung, saiapa buat rumah baru, kena ada senarainya. Contoh macam di Jepun, sistem diorang bagus, walau gempa bumi pun diorang masih boleh senaraikan dengan tepat penduduk kampung diorang.. itu kesan berada di tahap selesa - LEKA.

    ReplyDelete
  2. @pyejal
    rasanya sesetengah kampung ada JKKK yg bertindak dlm urusan bancian camtu.Bila ada sistem barulah hidup lebih teratur dan selamat

    ReplyDelete

BOOK FOR SALE