Tukar warna background

MIMPI ANEH VS MIMPI JADI NYATA

Kebiasaannya orang menyebut mimpi sebagai mainan tidur.Jadi tiada keperluan untuk kita memikirkan lebih lanjut tentang mimpi yg kita alami.Walaubagaimanapun sesetengah mimpi boleh ditafsirkan oleh org yg berilmu,dengan beberapa syarat tertentu.
   Kadang2 bila aku lepak ngan member,klau dah takde topik yg nak diceritakan ada gak aku tanya member aku tentang mimpi2 diaorang.Macam2 cerita ada,mimpi eksiden la,gaduh ngan bini,masuk parit,mimpi nombor pun ada.Aku bukan lah fanatik dgn mimpi ni sekadar buat kenangan masa tidur.Mimpi yg indah bila mimpi jumpa buah hati,mimpi ngeri bila jumpa orang mati.Aku nak story tentang mimpi aneh yg aku alami tak berapa lama dulu.
   Bagi aku mimpi ni susah nak aku lupakan sebab lain dari yg lain.Aku mimpi berada disebuah perkampungan yg baru ditimpa musibah gempa bumi.Rumah2 semua rosak,tanah runtuh,byk orang yg terkorban.Pasukan penyelamat dan perubatan pun berkumpul ditempat kejadian.Aku pun turut menyibuk sama.Orang yg selamat sikit je,tiba ada seorang ibu menangis,dia bagitau anak kembarnya hilang.Pasukan penyelamat pun bergegas mencari akhirnya jumpa seorang budak tertimbus.Ibu td mengecam memang sah anak dia.Tp doktor mengesahkan budak tu dah meninggal.Ibu tadi meraung2 la sambil peluk jenazah anak dia .Pastu ibu td dtg kat aku minta tolong aku buat sesuatu supaya anak dia hidup balik.Aku cakap mana bole.Hidup mati ni kerja Tuhan .Orang dah mati mana bole hidup.Tp ibu td kata aku kena tolong gak.Puas aku pujuk dia tp dia suruh gak aku cari jalan.Akhirnya bagi nak menenangkan keadaan ibu tu,aku pun ambil jenazah budak tu dan membaca alfatihah.Dengan izin Allah budak itu hidup lak.Pastu pasukan penyelamat jumpa seorang lagi jenazah budak iaitu kembar anak ibu td.Ibu td suruh aku selamatkan anak dia tp ada seorang tua dtg dekat aku ,katanya budak ni dah meninggal untuk berjumpa Tuhannya
.
Ini mimpi aku yg menjadi kenyataan lak.Suatu malam aku mimpi beberapa ular datang kat aku.Tapi depa tak patuk aku lak.Aku dapt membunuh kesemua ular tu.Selang beberapa hari,aku betul2 jumpa ular kat dalam rumah aku.Habis kecoh satu rumah pada malam tu.Aku pada mulanya tak berniat nak bunuh ular tu,tp disebabkan dah puas halau ular tu tak mau keluar,maka aku ambil buluh dan bunuh la dia.Seingat aku ular tu warna hitam dan panjang.Seram gak masa nak bunuh ular ,tp demi keselamatan ahli keluarga aku beranikan diri.Keesokannya pula,pada waktu malam yg hampir sama masanya,seekor ular lagi masuk dalam rumah,aku pun menghalau lagi tanpa ada niat nak membunuh sbb smlmnya baru lepas membunuh,tp ular tu nampak makin mengganas lak.Siap ada bunyi yg kuat.Aku pun buat keputusan bunuh je ular tu.Takut dia bersarang dalam rumah.
.
Inilah sebahagian daripada mainan tidur aku.Mimpi yg buruk tak perlu kita ceritakan kat org.Korang pun tentu ada mimpi yg aneh dan mimpi yg jadi nyata kan .Cite la sikit...

4 comments:

  1. orang cakap kalau ular masuk rumah, kita tanya dulu sama ada ular tu jin ataupun tidak...kalau jin, kita suruh dia keluar...kalau dia tak keluar jugak, maknanya dia ular biasa dan kita bleh bunuhnya...Tapi aku tak sampai hati nak bunuh ular...aku halau je... hehehee

    ReplyDelete
  2. @Mohd Yusuf


    sy penah gak dengar petua camtu,tanya ular tu dulu,Tp klau tetiba ular tu menjawab camne la agakya ye...

    ReplyDelete
  3. wui. paling takut ular masuk rumah dan segala binatang berbisa yang lain. seramm

    ReplyDelete
  4. @cik azeyatakut memang la takut,tp demi keselamatan kita kena bertindak berani tau

    ReplyDelete

BOOK FOR SALE