MUSIBAH:JALAN MENUJU KEBAHAGIAAN.
MUSIBAH seringkali ditakrifkan sebagai ujian,bencana,atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan org yg disayangi,kemusnahan harta benda,keruntuhan rumahtangga,kegagalan dlm perencanaan atau sebagainya.Impak drpd musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka.Sekiranya diterima secara positif,maka musibah dapat memberi kesan yg baik.Akan tetapi sekiranya individu yg ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi akan membawa kehancuran yg merugikan.Oleh itu,kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan.
Apakah yg harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ?..Apakah dengan merasa sedih,keluh kesah dn membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara.Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Firman Allah SWT :"Tiada sesuatu musibah yg menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."( At-Taghabun:11).
Kita seharusnya redha dgn apa yg berlaku kerana ia merupakan qada dan qadar daripada Allah.Seharusnya seseorang yg beriman tidak boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yg menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung.Kiata tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah itu sesuai dgn kehendak kita.Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.Allah berfirman didalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:. "...Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula)kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.".
Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita,itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita.Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri,sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dgn sedikit dugaan,hati kita berubah.Cuba renungkan firman Allah ini: "Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu,dgn sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yg sabar." (Al-Baqarah:155).
Setiap manusia mempunyai titik tolak dlm kehidupannya.Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati,bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita.Barangkali musibah yg melanda merupakan suatu isyarat drpd Allah utk kita bermuhasabah diri bagi membuat perubahan.Ringkasnya apa yg telah berlaku itu mempunyai hikmah yg harus dinilai.Kita harus memperbanyakkan beristighfar,membaca selalu innalillahhiwainnailaihirajiuun dan sebagainya.Disamping itu,jadikan Alquran,sebagai teman.Berdoalah kepada Allah mohon bantuan,dan diberikan keringanan dalam urusan.Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud: "Berdoalah kamu kepadaKu,nescaya akan akuperkenankan bagimu".
Bagi mengelakkan kita dari terus mengingati situasi sedih yg dihadapi maka kita hendaklah melakukan pelbagai aktiviti yg bermanfaat seperti melibatkan diri dgn aktiviti masyarakat,menghadiri ceramah,mengunjungi saudara mara dan sebagainya.Seterusnya kita hendaklah bertawakkal kepada Allah setiap masa dlm apa jua keadaan.Firman Allah dlm surah Al-Maidah ayat 23 "...dan hanya kepada Allahlah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman". Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali ditimpa kegelisahan dan kesempitan.Maka ucaplah Hasbunallah Wanikmal Wakil yg bermaksud:, Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung."Sesungguhnya orang-orang yg bersabarlah sahaja yg akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.".(Az-Zumar:10).
Sebagai kesimpulannya,tiada masalah tanpa penyelesaiannya.Kita harus mengkaji dan meneliti,sebagaimana setiap penyakit mempunyai penawarnya.Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah dan sebagai jalan menuju bahagia.Ingatlah janji Allah di dalam surah Al-Insyirah bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.
ada hikmah bila berlaku sesuatu !
ReplyDelete=)
ucaplah alhamdulillah ketika kita ditimpa musibah kerana ALLAH telah menghapuskan dosa kita dengan mendatangkan rasa kesakitan dengan ujianNya..:)
ReplyDeleteMusibah itu ujian dr Allah utk hambaNya yg dikasihi...
ReplyDelete