Entri aku sblm ni adalah mengenai peranan diri sendiri dalam menjaga dan memelihara hak diri.Sekarang aku nak bercerita lak tentang tanggungjawab diri kita terhadap orang lain.Soal tanggungjawab ni,skopnya meluas sekali.Selalu org berkata aku "aku ingin menjadi seorang yg bertanggungjawab", atau "aku ingin mencari seorang isteri atau suami yg bertanggungjawab".Namun sejauh mana peranan tanggungjawab itu harus kita ketahui dan bagaimana peranan tanggungjawab itu berfungsi dalam kehidupan kita ini.Kita ingin menjadi seorang yg bertanggungjawab dari sudut apa ?.
Ada beberapa peringkat atau jenis tanggungjawab ini diantaranya;
(1) TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA.
Keharmonian sesebuah keluarga itu,akan wujud jika setiap ahli keluarganya menjalankan peranan atau tugas sebagai khalifah seperti yg diperintahkan oleh Allah dalam firmannya:
"PELIHARALAH DIRIMU DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA" (surah Al-Tahrim 66:6)
Selalu org sebut :Sharing is caring..Dalam hal ini kita kena selalu mengambil berat diantara satu sama lain.Kita bertanggungjawab untuk berkongsi apa saja,kegembiraan,kedukaan,kekecewaan.
(2) TANGGUNGJAWAB IBUBAPA TERHADAP ANAK.
Jika anda sebagai ibubapa ,tugas penting anda adalah bertanggungjawab terhadap anak dgn mengajar mrk supaya tidak syirik kpd Allah kerana menduakan Allah adalah suatu kesalahan yg besar.
Anda bertanggungjawab mendidik anak supaya bersolat seawal umur mrk 7 tahun.
Didiklah mereka dgn akhlak terpuji dgn menjadikan rasulullah sebagai role model.
(3) TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA.
Setiap anak mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap ibubapa.Kita harus berbakti kepada mereka sebagaimana yg ditetapkan dalam Alquran.
Berbakti kpd ibubapa tidak terhad semasa mereka masih hidup,walaupun mereka telah tiada kita masih ada tanggungjawab untuk mereka.Antara contoh berbakti kepada mereka sewaktu mrk masih hidup adalah spt memtaati perintah mereka,mengorbankan harta untuk mereka,bergaul secara lemah lembut dan byk lagi.Apabila mereka telah tiada kita bertanggungjawab untuk mendoakan kesejahteraaan mereka,menjadi anak yg soleh/solehah,menziarahi kubur,bersedekah untuk keduanya dll.
(4) TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI
Diantara tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah;
- mengawal isteri dgn baik dan berlaku adil terhadapnya kerana isteri adalah amanah Allah terhadapnya.
- memberi nafkah dan perbelanjaan mengikut keperluan dan kemampuan.
- memberi didikan terutamanya berkaitan agama.
- menunjukkan budi pekerti yg mulia terhadapnya
- berlaku adil sekiranya suami berpoligami
(5) TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI
- memberi layanan first class dan taat setia yg tak berbelah bagi.
- menjaga kehormatan diri
- mendapat keizinan suami sekiranya ingin melakukan perkara sunat spt puasa sunat,untuk keluar rumah dll
- wajib sempurnakan kemahuan suami selagi tidak menyalahi hukum agama.
- sentiasa menghormati suami,berperasangka baik terhadapnya,sopan santun dan menjaga hati dan makan minumnya dgn teratur.
Setiap manusia tidak boleh hidup secara individu,kita perlu hidup bermasyarakat.Dalam soal hidup bermasyarakat terdapat garis panduan atau peraturan yg perlu dipatuhi bagi mewujudkan suasana yg harmonis.Namun yg lebih utama, kita harus mengajak masyarakat kearah kebaikan dan menghindari kemungkaran.
(7) TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA.
Kita harus setia kepada negara kita dalam apa jua keadaaan walaupun pasukan bolasepak kita kalah dlm permainan dan belum setanding dgn negara luar kita harus bersetia selalu.
Kita bertanggungjawab membantu negara kita dari digugat oleh anasir luar yg mengancam keamanan dan kebahagiaan negara
Kita bertanggungjawab untuk tidak melibatkan diri dgn sebarang aktiviti dalaman atau luaran yg boleh menggangu proses pentadbiran dan keamanan negara dll.
(8) TANGGUNGJAWAB TERHADAP ALAM SEKITAR.
Kita bertanggungjawab untuk menjaga dan mengendalikan alam ini secara berhemah.
Contohnya,tanggungjawab kita terhadap tumbuh-tumbuhan.Kita tidak boleh menebang hutan secara membabi hutan atau sambil lewa sehingga menggangu ekosistem dan menyebabkan pencemaran.
Tanggungjawab kita terhadap binatang pula adalah tidak membunuh dan menyeksa sesuka hati,jika binatang itu berbahaya bunuhlah dgn cara yg baik,.Kita juga bertanggungjawab agar tidak melakukan pencemaran udara,air dan bunyi.
Inilah beberapa tanggungjawab kita terhadap org lain dan alam.Kita harus laksanakan bukan setakat memperkatakannya nanti penat aku taip tapi takde org nak follow lak.kesian aku.Kita jumpa di lain siri.
0 comments:
Post a Comment