Tukar warna background

CARA-CARA UNTUK MENGENALI ALLAH SEBAGAI PENCIPTA.

Sebagai perkongsian bersama terdapat 2 cara utama untuk kita mengenali Allah sebagai pencipta iaitu melalui

(A) Dalil-dalil Naqli.

       Ayat-ayat Allah yang terkandung didalam Al-Quaran sudah cukup membuktikan kewujudanNya.Sebagai contoh keterangan didalam surah Al-ikhlas membuktikan keesaaan Allah dan kewujudanNya.
Kemudian ia diperjelaskan lagi dengan hadis-hadis nabi yang telah banyak diperkatakan.Hadis nabi turut memperjelaskan lagi isi kandungan kepada ayat-ayat suci Allah SWT.


(B) Dalil-dalil Aqli

(i).   Sebagai manusia yang berakal,kita pastinya tidak dapat menerima hakikat sesuatu itu boleh terjadi dengan sendirinya tanpa pencipta.Mustahil alam yang hebat ini berserta isinya seperti manusia,haiwan dan tumbuhan boleh terjadi dengan sendirinya.Dengan itu pasti ada penciptanya iaitu Allah yang Maha Agung.

(ii).   Allah satu-satunya yang mencipta alam ini dengan begitu rapi dan teratur,cakerawala tidak berlanggaran,peralihan siang dan malam,serta banyak lagi contoh-contoh yang hebat.

(iii)    Kajian sains membuktikan bahawa kitaran alam dan makhluknya tersusun dengan amat rapi sekali.Daripada hal ini akal manusia telah mengaitkan kesempurnaan alam yg berlaku disebabkan kewujudan dan kekuasaan Allah.

Marilah sama-sama kita fikirkan sambil meneliti bukti yang terdapat didalam Al quran dan hadis.

0 comments:

Post a Comment

BOOK FOR SALE