Tukar warna background

TIPS PANJANG UMUR

Ini adalah salah satu tips panjang umur bagi umat islam. Ia adalah tips yang melibatkan konsep 'give and take' dimana anda perlu memberi atau membayar dahulu dan akan memperoleh keuntungannya kemudian.

Ia bukan skim cepat kaya atau ajaran sesat. Ia adalah aturan Allah untuk amalan mulia hambanya.

Setiap hari selepas solat, kita biasanya akan berdoa. Selalunya kita akan berdoa untuk diri dan keluarga. Antara doa yang popular ialah doa kesejahteraan dunia akhirat dan dijauhkan sanak-saudara dari azab kubur.

Ada doa yang mendoakan muslimin dan muslimat dijauhkan dari azab kubur. Sebenarnya inilah doa yang perlu anda laburkan untuk mendapat kembali pulangan pelaburan daripada ahli kubur selepas tempoh tertentu.

Kita tahu bahawa doa yang cepat sampai ialah doa dari anak kepada orang tua dan doa daripada darah daging sendiri.

Doa daripada orang luar kepada kita agak lambat sampai ke dalam 'registry'. Ini bukannya masalah 'software' atau 'server' di langit yang lembab, tetapi ini adalah 'system' yang telah ditetapkan oleh Allah.

Pertalian darah itu memberikan kelebihan kepada ketangkasan proses doa untuk sampai ke langit.

Demikianlah 'system' Allah supaya kita mendidik anak-anak dan ahli keluarga menjadi orang yang beriman kerana apabila mereka memahami agama, dan sentiasa mendoakan kita, maka itulah ubat kepada kita di alam barzakh nanti.

Maka amat rugi bagi mereka yang lalai mendekatkan keluarga dengan agama.

Ketika manusia disiksa di alam kubur, maka malaikat tiba-tiba berhenti daripada menjalankan tugasnya.

Maka terpinga-pinga dan terkulat-kulat muslimin dan muslimat yang sedang menjalani siksa kubur dan tertanya-tanya, "Wahai Malaikat, mengapa terberhenti siksaan tersebut?"

Lalu malaikat menjawab, "satu mesej baru sahaja tiba, bulan lepas si Abu ada mendoakan supaya siksaan kubur orang kampungnya dikurangkan. Jadi, tuhan sudah 'approve' dan kami beri kamu rehat 3 hari dari siksaan kubur. Selamat berehat".

 Demikianlah ilustrasi yang agaknya berlaku di alam kubur tetapi konsepnya adalah sebegitu.

Maka disini, muslimin dan muslimat yang disiksa itu terus memanjatkan doa supaya si Abu tadi dipanjangkan umur kalau boleh sehingga hari kiamat kerana doa-doanya akan meringankan siksa kubur muslimin dan muslimat yang beruntung memperoleh dari kerajinan ibadat dan doanya.

Demikianlah kita kalau rajin mendoakan ayah ibu dan sanak saudara yang telah pergi agar dijauhkan dari siksa kubur.

Ketahuilah mereka akan sentiasa mendoakan, semoga kita dipanjangkan umur agar kita terus menyumbang doa lagi kepada mereka dimasa mendatang.

Kemudian didoakan semoga murah rezeki supaya kita ada lebih masa untuk beribadat dan berdoa untuk mereka. Ketahuilah azab kubur itu amat berat.

Mereka akan sentiasa mahukan tiket pelepasan dari azab ini. Beruntung ibu dan ayah kepada anak yang soleh dan solehah. Beruntunglah mereka yang mendidik kelaurga dan keturunan ke jalan Allah.

 Inilah tips bagaimana kita inginkan orang mendoakan kita supaya panjang umur dan murah rezeki.

Bayangkan kalau setiap hari kita mendoakan seluruh muslimin dan muslimat semoga diringankan azab kubur. Sekiranya doa kita sampai, berjuta dan berbilion daripada mereka mendoakan kita.

Ini bukanlah kisah atau cereka. Ia juga bukan cerita atau jenaka. Ia adalah perkara di dalam kitab yang mana dihuraikan untuk kefahaman yang mudah.

Maka janganlah membuang masa dan jadikanlah ia amalan. Insyallah mendapat berkat dengan meyakini agama yang satu ini. Wallahua'lam. 



SUMBER DIPETIK DRPD FORUM HALAQAH.NET

4 comments:

  1. kita berusaha Tuhan tentukan,sumanya dah berada dlm perancanganNya

    ReplyDelete
  2. sentiasa mendoakan ibu bapa dan keluarga :)

    ReplyDelete

BOOK FOR SALE