Tukar warna background

REMAJA SEMAKIN MENGGANAS

Akhirnya aku berjaya gak tolong member aku menyiapkan assignmentnya-suatu kajian tentang remaja dan sumbangan/penglibatan sosial  mereka .Sebagai habuannya aku dapat makan KFC free hari ni.Dah lama tak makan,sekali makan dapat yg free lak.Memang sedap sehingga menjilat jari.Lain kali mintak tolong lagi ye..Sebagai memenuhi permintaaan terakhir drpd dia(cm nak mati lak ada last request)aku wat post tentang sosial remaja kat blog.Tp tak bole panjang2,aku nak berehat panjang ni.Sebenarnya aku semakin kecewa dgn remaja hari ini.Klau nak diceritakan tentang gejala sosial mereka tentu tak habis sehari semalam.Dari dulu lagi mslh ni berlaku,cuma waktu dulu tak berapa serius dan jumlah pembabitan mereka dalam masalah dan budaya negatif tidak membimbangkan.Tapi sekarang masalah dah berada pada tahap yg agak membahayakan.Antara masalah/gejala sosial yg diceburi oleh golongan remaja ni adalah wabak rempit.Ini semakin serius aku tgk.Dimana2 ada je mslh ni.Kesian polis dah la susah payah nak tangani masalah jenayah lain,wujud lak wabak rempit ni,yg rata-ratanya dilakonkan oleh golongan remaja atau belasan umur.Aku dan kawan-kawan aku serta sesiapa saja pernah menjadi remaja.Kami pernah mempunyai motorsikal,tapi kami tidak merempit dgn membahayakan diri dan kesihatan org lain.Apa yg mereka cari dengan merempit.Apakah untuk mendapat glamour atau title sebagai hero yg berani.Klau dapat suma tu,apa kegunaannya.Klau lah dengan menjadi jaguh rempit akan mendapat pengikhtirafan kerajaan dan mendapat gelaran Datuk Seri,lepas ni gak aku merempit.Bila dah merempit ada lak aksesori kejahatannya seperti meragut.Yang ni lagi teruk meragut sampai membunuh mangsa ragut.Kerajaan dah byk melancarkan pelbagai usaha bagi menangani masalah ni.Kaunseling dah diberi,gelanggang merempit yg halal dah dibuat,tp masalah semakin menjadi2.Jawapan yg mudah bagi menyelesaikan masalah ini ialah mengenakan hukuman yg berat.Penjara dan rotan.
Dulu2 masalah bohsia dan bohjan telah menggemparkan alam dan manusia.Remaja semakin hilang keimanan.Agama dan maruah diri digadai.Kemudian hasil dari masalah ini lahirlah insan yg tak berdosa.Aksesori kejahatannya lak,insan/bayi tersebut dibuang.Manusia semakin hilang kewarasan kerana mengikut suara syaitan.Golongan yg terlibat juga majoritinya dikalangan remaja.Maka berceritalah suma pihak,baik kerajaan dan ahli bijak pandai negara bagi merumuskan hal ini dan pelbagai langkah bagi mengatasi masalah ni.Tp sehingga sekarang masalah ini semakin menjadi2 sampai nak ditubuhkan rumah kebajikan untuk anak2 terbuang.Apakah ini suatu cara yg baik
Aku dulu melepak gak,tp aku tak merompak.Sesetengah remaja sekarang berani merompak lak.Sebulan yg lalu kat taman aku ni,beberapa remaja telah ditangkap kerana mencuri pada lewat malam.Kenapa mereka melepak smpai lewat malam.Kenapa ibu bapa mereka tidak mengambil berat tentang dimana anak mereka pada waktu malam yg telah lewat.Tp aku tahu ibu bapa zaman sekarang pun ramai yg balik lewat malam kerumah mereka.Kadang2 anak dah ada kat rumah tp ibu bapa tak balik lagi.Maksudnya disini,perhubungan dan jalinan masa antara ahli keluarga tidak diselaraskan dengan baik.Maka sudah pastilah ibu bapa tidak dapat bertanggungjawab sepenuhnya.keatas anak2 dan anak2 pula tidak dapat dipertanggungjawabkan sepenuhnya diatas kesalahan masing2.Jgn tak paham lak apa aku tulis ni.
   Perkara terakhir yg aku nak share kat sini ialah tentang kes bunuh yg melibatkan remaja.Kenapa dalam usia sebegini mereka telah berani melakukan perkara yg sebegitu berat dosanya.Cubalah kita sama2 berfikir sambil menyumbang idea untuk memastikan remaja kita menjadi semakin bermoral.Klau anda berada dimana2,cuba perhatikan remaja disekeliling .Pandang pakaian mereka,tengok tinghah mereka,dengar tuturkata mereka.Apakah korang pernah buat seperti mereka sewaktu korang bergelar remaja.Klau remaja disebelah korang tak bersopan atau tak bnermoral silalah tegur.Tapi aku tak jamin klau korang kena lempang,nasib engko la labu...
    Apapun aku masih bersyukur,disebalik golongan remaja yg semakin runtuh akhlak,runtuh peribadi,masih ada sebahagian sisi mereka yg masih bermaruah tinggi.Aku yakin sebab mereka tak terjerumus dalam mslh sosial adalah kerana mereka berpegang teguh pada agama dan peraturannya. dan mempunyai ibu bapa@keluarga yg prihatin.ISLAM MENGHARAMKAN ZINA. Klau kita ikut hukum ni,tentu masalah bohsia vs bohjan takkan terjadi kerana islam ada garis panduan dalam perhubungan.Usah kan berzina menghampiri zina pun tak boleh maka kita sudah ada dinding yg dapat memisahkan perkara yg baik dgn yg buruk.
Begitu juga dgn hal mencuri,membunuh dll.Sumanya dh tertulis dalam kitab tentang kewajipan menghindarinya.Soalnya bagaimana ingin memastikan golongan remaja ini memegang teguh pada agama dan hukumnya.Selain daripada program 'Jom Heboh' yg banyak disertai golongan remaja,kerajaan harus melakukan program 'Jom Beriman' lak.Beberapa hari yg lepas,aku jumpa satu group remaja kat masjid.Alhamdulillah,aku bangga dgn mereka,muda2 lagi dah jejak kaki kat rumah Allah.Kan seronok tengok mereka camtu.Pakaian kemas,budi bahasa tersusun,tingkahlaku baik cm aku.Pastu sementara nak tunggu isya aku lepak jap kat luar masjid sambil isap rokok.Tiba2 group remaja tu dtg kat aku.Aku ingatkan depa dtg nak minta rokok aku,rupanya depa nak ajak sembang.Kami pi lepak kat mamak.Sebagai ganjaran mereka muda2 dah dtg masjid aku belanja depa minum.Semalam aku jumpa lagi mereka kat masjid,aku gembira sebab aku tak jumpa mereka lepak smpai lewat malam
   Sebenarnya ada byk lagi yg terkandung dalam dunia sosial remaja masakini. dan cara2 untuk membantu mereka supaya bebas dari gejala negatif.Malas aku nak citer sumanya.
Lu pikir la sendiri.Lenkali aku sambung lagi.Jadilah masyarakat yg prihatin.Golongan yg baik membantu golongan yg satu lagi agar lebih sempurna


0 comments:

Post a Comment

BOOK FOR SALE