Tukar warna background

LAPORAN PRESTASI PERIBADI

Hari ni,dah masuk bulan jun,maknanya kita dah sampai dipertengahan tahun 2011.Masih ada 6 bulan lagi untuk kita sampai kepenghujung tahun.Sepatutnya mulai hari ini kita dah menilai sejauh mana pencapaian diri kita untuk tahun ini.Dah tercapai ke azam yg kita buat diawal tahun.Apa kejayaan yg dikecapi setakat enam bulan pertama ini.

Aku rasa setiap dari kita perlu ada suatu analisis tentang prestasi kemajuan diri.Kalau disektor kerajaan dan swasta ada KPI(key performance indicator) atau laporan prestasi kalau tak silap aku.Wakil rakyat pun kan ada KPI bagi mengukur prestasi kerja mereka.Kita lak gunakan KPI untuk mengukur prestasi dan kejayaan hidup kita.

Kenapa kita perlu menilai prestasi diri kita.Sebenarnya hidup kita mempunyai matlamat.Bagi mencapai matlamat hidup kita mestilah ada suatu garis panduan atau disiplin tertentu yg harus kita patuhi supaya objektif hidup kita tercapai.Kalau hidup main redah je,silap gaya kita gagal dipenghujungnya.Sekiranya apa yg ingin kita laksanakan tanpa ada pemantauan,mungkin ia kurang berkesan atau sukar untuk kita capai sepenuhnya.Contohnya kalau kita menabung@menyimpan duit,target dalam jangkamasa 2 tahun kita boleh simpan rm5ooo.So,kita kenalah wujudkan satu sistem@disiplin yg dapat mengikat kita untuk berusaha mencapai target tersebut dalam jangkamasa yg ditetapkan.

Lagi satu kita juga kena ada research and development(R&D) untuk memperbaiki corak hidup dan prestasi kita.Mana2 bahagian dalam hidup yg kurang berjaya harus dikaji dan dinaiktaraf supaya hidup sentiasa berkualiti.

2 comments:

BOOK FOR SALE