Tukar warna background

SEBENARNYA KITA DAH RUGI.....

Negara kita dah cukup aman,sebuah negara yg berdaulat dan mengamalkan sistem demokrasi.Kepimpinan negara ditentukan melalui sistem yg adil iaitu pilihanraya,maka jika kita tidak bersetuju dgn pentadbiran mereka medium pilihanrayalah yg sesuai sekali untuk menyuarakan isi  hati.Kuasa adalah ditangan kita.
Jika dibandingkan dgn negara2 lain ,jelas kita mendahului dari segi kestabilan ekonomi,sosial dan politik.Keamanan negara kita tak dpt nak disanggah lagi.Kita bebas kemana-mana,bebas beragama,bebas menyurakan pendapat.Apa-apa perkara yg berlaku ,masyarakat kita masih ada lagi toleransi untuk berbincang secara aman bukannya secara kekerasan dan paksaan.Inilah istimewanya rakyat Malaysia yg berbilang kaum.Sejak dulu lagi,sewaktu Malaysia ingin mencapai kemerdekaan,pelbagai perbincangan dilakukan bagi mencapai maksud tersebut.Akhirnya Malaysia berjaya merdeka dlm keadaan yg aman tanpa adanya pertumpahan darah yg besar,kekerasan dsb.

Tetapi amat malang semalam,keamanan negara kita dicakar oleh sekelompok manusia yg gagal menyelami maksud kedamaian dan keamanan.Apa yg mereka cari ?.Inilah yg dikatakan sesuatu yg dibuat tanpa memikirkan akibatnya kepada org lain.Secara mudah apa yg dilakukan oleh mereka(merujuk kepada perhimpunan BERSIH) hanyalah untuk kepentingan kelompok mereka sendiri.Amat malang lagi,terdapat dikalangan mereka yg mungkin sekadar pak turut sahaja,tanpa mengetahui agenda yg tersirat.

Sebenarnya kita telah mengalami kerugian :

(1) KRISIS KEMANUSIAAN
    *Sikap manusia yg mementingkan diri sendiri.Tidak mengamalkan toleransi,perbincangan,menolak undang2
    yg bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
  * Hanya mengikut sahaja kehendak pemimpin mereka walaupun apa yg dibuat jelas menggugat keselamatan
   *Hilang pertimbangan sehingga sudah tidak dpt membezakan lagi antara baik dgn yg buruk
   *Semakin ramai yg menjadi PAK TURUT
   *Maruah bangsa semakin tercalar

(2) EKONOMI
   
    * peniaga disekitar tempat perhimpunan telah mengalami kerugian jutaan ringgit.Kerugian yg bukan disebabkan oleh tgn mrk sendiri .Apakah kesan kpd perasaan dan kewangan mereka ?.Adakah ini tidak difikirkan oleh para demonstator@penganjur berkenaan.

       * Imej negara telah tercalar dimata dunia.Sektor pelancongan mengalami kerugian yg bukan sedikit.Ini mengambil masa yg agak lama untuk dipulihkan.Apatah lagi sekiranya negara luar telah menerima maklumat yg salah atau mengambil kira tragedi ini sebagai titik permulaan negara Malaysia diambang huru hara.
.
(3) AGAMA

        * Dalam islam,sesuatu perkara harus diselesaikan secara perbincangan dalam suasana yg harmoni.Bukanlah dengan cara kekerasan atau menimbulkan suasana tegang yg merugikan byk pihak.


Banyak lagi kan kerugian yg kita alami rentetan hal yg telah berlaku semalam.Hopely tak berulang lagi....

4 comments:

BOOK FOR SALE