Tukar warna background

APA AKU WAT BILA BORING

Mlm ni aku rasa boring sikit,so aku pun luangkan masa yg ada ni untuk meneroka alam blogger lagi.Maknanya aku menulis entri ni lepas mata aku dah penat masuk mcm2 rumah org(blog la tu).Aku baca pelbagai entri org.Ada pelbagai cerita,berita,sejarah silam dan macam2 lagi.Mana-mana yg aku suka entri tu aku akan komen.Sesetengah dari mereka aku follow,senang nanti aku nak terjah mereka balik.Dalam bab entri ni,ada pelbagai ragam aku tengok dari segi cerita,gaya penulisan,dan penyampaiannya.Sebenarnya tak kisah macammana sekalipun bentuk entri korang kerana ia lahir dari hati dan apa yg korang dah lalui.Lagi pun blog ni korang yang punya.Walaubagaimana sekalipun blog yg kita ada sebenarnya kita dah maju ke depan sikit kerana kita telah memanfaatkan teknologi yg ada.Sesetengah orang langsung takde blog dan mungkin tak tau apa itu BLOG. So, kita kena bergembira sebab kita ada blog.Cantik tak cantik,canggih ke tak canggih blog kita,itu belakang kira,sebab itu suma boleh diupgradekan lagi.
Aku wat entri untuk melahirkan cetusan hati berinformasi ,sesuai ngan nama title blog aku ni.Apa2 yg pernah aku lalui,atau pun sebarang bentuk info yg aku perolehi akan aku abadikan kat blog aku ni.Klau orang tak komen pun aku tak sedih pun.Tapi mungkin ada orang bila wat entri ,dia harap akan ada byk org nak komen.Terpulanglah masing2.Cuma pada pendapat aku,kalau nak bagi post kita tu dibaca dan dikomen orang,gunalah bahasa yg baik,senang difahami dan taip la elok2.jgn sampai tulis pktn ringkas sampai org tak faham apa yg kita tulis.Cthnya mcm bhs sms yg ringkas sgt .kadang2 mcm tulisan org zaman batu ada gak aku tengok..Berpusing kepala nak membacanya.
Apa pun aku seronok ngan apa yg aku ada sekarang,at least kalau aku boring sgt ,ada gak tempat yg sesuai.Dulu2 bila boring aku mula la cari kawan pastu lepak kat mamak,minum air bergelas2,isap rokok berbatang2 sampai masa balik umah.Tapi skrg aku ubah sikit tabiat,bila boring aku blogging.Duit pun bole jimat,minum air aku wat sendiri.Tapi rokok tetap isap berbatang2 gak.he..he..
Banyak infoyg aku dapat via blog ni.Pasal komputer,share hobi,agama n sosiobudaya dan perkara2 terkini.Ada gak baik buruknya dalam hal ni pandai2 la guna akal fikiran.
Kali ni aku nak respon pada yg baca entri ni.Apa pendapat korang tentang blog korang,and kalau boring wat pe tu...



3 comments:

  1. hurmm btoi2 tu..spa ada blog ni agak maju kalau nak dibandingkan gn orang yang takdak tu..setuju2 !

    ReplyDelete
  2. Saya selalu lepas kegeraman melalui blog..lalala~

    ReplyDelete
  3. Assalam...haa, betul pasal bahasa tuu...bukan semua laa...selalunya blog2 budak sekolah susah nak faham...bahasa dieorg guna advance

    cth :"aQ kuar mam td" padahal nak gtau "aku keluar makan tadi"...hak3...adeyh...

    ReplyDelete

BOOK FOR SALE