Tukar warna background

AWAS.....BERHATI-HATI BILA BAYAR BIL ANDA....

Pagi tadi maxis center call aku.Depa kata aku ada bil tertunggak.Angin aku dibuatnya,aku selalu bayar on time.Aku explain kat dia dan bagi maklumat payment kat depa.Ini tentu ada berlaku kesilapan,hati aku dah mula berdetik.Aku pun check la resit bil aku.MasyaAllah....nombor akaun kat resit tu tak sama lak ngan nombor akaun aku.Ada dua nombor yg terbalik.Maknanya payment aku dah termasuk kat akaun org lain.Maka dengan hati yg panas aku pun pi la maxis center kat ioi puchong,tempat aku bayar bil.
Aku pun bersiap sedia dengan kelengkapan untuk pi berperang.Antara barangan yg aku bawak ialah rokok,lighter,pen dan gula2 hacks.Sampai kat sana aku makan kfc dulu,nak berperang perut mesti kenyang,kang tgh perang dah lapar lak kena delay kan tak best.Aku pun pi jumpa staff maxis center,dan bagitau masalah yg akan membawa kerosakan di mukabumi ini.Staff tu pompuan la.dia tak ckap apa2 pun,terus check komputer dia.Aku pun mengeluarkan kelengkapan perang yg aku bawa td iaitu hacks,lalu aku makan sementara nak tunggu dia check rekod.Pastu aku keluarkan kelengkapan perang yg lain iaitu rokok dan lighter,tapi aku tak jadi gunakan senjata perang tersebut sebab ia mengeluarkan asap yg boleh memudaratkan masyarakat setempat.Kesan asap tu lebih kurang sama dengan kesan radiasi yg melanda jepun.Lagipun dalam shopping complex mana bole isap rokok...itulah sebab sebenar..takkan korang tak tau.Selang beberapa minit,keputusan telah dicapai,staff tersebut mengakui kesilapan semasa urusan pembayaran.Finally,suma dah diselesaikan dgan aman tanpa pertumpahan darah,walaupun pada mulanya aku memang naik darah.Aku pun melakukan gencatan senjata dan berdamai ngan maxis center.
Pengajarannya,kesilapan dan kecuaian ada dimana2 dan boleh berlaku pada suma orang.Staff tersebut cuai dalam tugas sehingga berlaku kesilapan besar.Aku lak silap sebab tak check slip pembayaran lepas bayar.Klau lepas bayar aku trus check masalah boleh selesai ari tu gak.So,korang suma berhati-hati dijalanraya semasa ingin membayar bil.Takut eksiden dah tak dpt nak bayar bil.Korang nak salahkan sape..Barrack Obama ke..dia jauh kat US.Apa yg penting lepas bayar bil tak kira bil telefon,air,saman ke kena check dulu tau.Simpan resit sebagi bukti.Bila ada mslh senang nak rujuk,dan pastikan mslh diselesaikan secara aman.Bole bawa senjata perang,tp yg tak merbahaya cm aku bawak.Sebelum nak perang makan kfc dulu.Elok amalkan petua ni.Selamat mencuba.....

4 comments:

  1. yer lah,.. laein kali kena hati2 kan,.. slalu yana blah camtue past bayar bil, x check pun.

    ReplyDelete
  2. pengajaran untuk suma.benda nampak je kecil tapi bole mengundang musibah besar

    ReplyDelete
  3. iOlss x pernah check pOn.. dapat resit ada nama trus msuk dlm beg dan blah... bulan ni kene check la nampaknya.. da la iOlss guna maxis.. hhu~~

    ReplyDelete
  4. pasni kene check bil..
    manusia kn x lepas dari melakukan kesilapan...
    =D

    ReplyDelete

BOOK FOR SALE