Tukar warna background

MARI PELIHARA HAK ANDA

Today,aku nak share sikit ilmu tentang beberapa topik yg akan aku buat secara sambungan(secara ringkas) .Klau nak buat sekaligus nanti jadi panjang berjela.Penat nanti nak aku nak taip.Perkara yg nak aku sentuh adalah tentang kejadian manusia,keistimewaan dan tanggungjawab manusia di sisi Allah.Selain daripada itu,aku cuba untuk menghuraikan tentang kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia.


Mula-mula aku nak bercerita tentang kepentingan kita memelihara hak-hak diri.Sebenarnya ada banyak hak-hak diri kita yg harus kita jaga dan pertahankan.Aku ambil yg penting atau utama yg seharusnya perkara ini tidak kita terlepas pandang dalam meneruskan kehidupan didunia yg fana ini.Antara perkara yg harus kita pelihara adalah :


(1) MEMELIHARA AGAMA
     kita wajib memelihara agama kita supaya tidak menduakan Allah (syirik) atau pun melakukan sebarang perbuatan yg mendorong ke arah itu.Alah hanyalah satu dan kepada Dia sahajalah tempat kita bersumpah setia,mengabdikan diri dan memohon kepadaNya.Ingatlah bahawa dosa syirik amatlah besar.Kita janganlah hanya mengaku menganut agam islam tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya.

        




(2) MEMELIHARA JIWA
     
      .Setiap manusia perlulah menjaga dirinya drpd perkara-perkara yg boleh merosakkan jiwanya serta merosakkan jiwa org lain seperti membunuh.Perbuatan membunuh diri atau membunuh orang adalah suatu dosa besar selepas syirik kepada Allah.

(3) MEMELIHARA MARUAH.
      Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadiaan.Oleh sebab itu kita harus menjaga maruah agar tidak terjerumus ke lembah hina seperti melakukan zina,mencuri,mengumpat,menghina org lain dan seumpamanya

(4) MEMELIHARA AKAL.
      Diantara kehebatan manusia adalah dikurniakan akal oleh Allah.Dengan adanya akal kita dapat membezakan antara baik dgn buruk.Oleh itu,menjadi tanggungjawab bagi setiap individu untuk menjaga akalnyadrpd hilang kewarasan seperti meminum arak dan sebagainya.

(5) MEMELIHARA HARTA.
          Islam tidak melarang umatnya mencari harta sebanyak mungkin tetapi biarlah dgn cara yg halal,tidak menipu,melakukan riba,mencuri dll.Larangan sebegitu adalah demi menjaga keharmonian harta dan keberkatannya.Malah islam mewajibkan untuk kita mengeluarkan zakat bagi tujuan penyuciannya dan membelanjakan harta ke jalan Allah.

4 comments:

  1. alhamdulillah.saye setuju! semua nya bernas! ada sebab yg logik!

    ReplyDelete
  2. @sakurasue
    kita kena slalu bermuhasabah dan melakukan sesuatu hal mengikut akal dan peraturan yg ditetapkan.barulah setiap tindakan kita akan menjadi baik.

    ReplyDelete

BOOK FOR SALE